Apakah projek WARM?
WARM ialah platform pembelajaran Sains Tahun 5 bertopik Manusia yang menggabungkan video, kuiz dan teknologi Augmented Reality (AR) secara dalam talian melalui pelayar web.
Siapakah sasaran pengguna WARM?
WARM dibangunkan untuk:
Murid Tahun 5
Guru Sains Sekolah Rendah
Sekolah rendah Malaysia (KSSR)
Adakah WARM percuma?
Ya. Projek WARM disediakan secara percuma untuk kegunaan murid, guru dan sekolah.
Subjek dan topik apa yang diliputi dalam WARM?
WARM hanya meliputi Sains Tahun 5 (KSSR) bagi topik:
Sistem Rangka Manusia
Sistem Peredaran Darah Manusia
Perkaitan antara Sistem dalam Tubuh Manusia
Adakah perlu memuat turun aplikasi?
Tidak perlu. WARM ialah WebAR, iaitu AR berasaskan laman web.
Pengguna hanya perlu melayari:
👉 https://jomwarm.com/
Peranti apa yang sesuai digunakan?
WARM disarankan diakses menggunakan:
📱 Telefon pintar
📲 Tablet
Peranti mesti mempunyai kamera untuk fungsi AR.
Adakah WARM boleh digunakan pada komputer riba atau desktop?
Boleh, tetapi pengalaman AR mungkin kurang optimum. Penggunaan telefon pintar atau tablet dalam mod potret (portrait) adalah paling disarankan.
Pelayar (browser) apa yang dicadangkan?
Untuk kestabilan AR, disarankan menggunakan:
Safari (iOS)
Google Chrome (Android)
Perlukah akaun untuk menggunakan WARM?
Ya. Pengguna perlu mendaftar akaun untuk mengakses kursus dan kuiz.
Email apa yang perlu digunakan untuk pendaftaran?
Pendaftaran mesti menggunakan email DELIMa (KPM) bagi pengesahan akaun pelajar/guru.
Adakah sijil disediakan?
Ya. Sijil penyertaan disediakan selepas pelajar melengkapkan pembelajaran.
Bolehkah sijil WARM digunakan untuk PAJSK?
Buat masa ini tidak boleh, kerana sijil masih belum memohon pengiktirafan PAJSK.
Permohonan mungkin dibuat pada masa hadapan.
Bolehkah kandungan WARM dikongsi atau dimuat turun?
Tidak. Kandungan WARM dilindungi dan tidak boleh dikongsi, disalin atau diedarkan tanpa kebenaran pihak projek.
Bagaimana jika sekolah ingin bekerjasama dengan projek WARM?
Sebarang kerjasama atau penggunaan rasmi sekolah boleh hubungi:
Bolehkah saya memberi cadangan penambahbaikan?
Ya. Cadangan amat dialu-alukan. Sila hantar melalui borang ini