Pembelajaran menggunakan JomWARM memberi pengalaman yang berbeza berbanding pembelajaran biasa kerana murid dapat melihat struktur tubuh manusia dalam bentuk 3D dan dari pelbagai sudut. Ini membantu murid memahami konsep yang sukar dengan lebih mudah dan jelas.
Selain itu, setiap topik disertakan video penerangan dan kuiz untuk menguji kefahaman murid. Sistem akan memastikan murid benar-benar memahami sesuatu topik sebelum meneruskan ke topik seterusnya. Pendekatan ini membantu pembelajaran secara bertahap dan tersusun.