JomWARM merupakan projek pendidikan percuma yang boleh digunakan oleh murid sekolah rendah di Malaysia. Untuk menggunakan platform ini, pengguna perlu mendaftar akaun menggunakan email Delima bagi tujuan pengesahan identiti pengguna sekolah.

JomWARM tidak memerlukan sebarang pemasangan aplikasi. Ia boleh diakses terus melalui pelayar internet seperti Google Chrome atau Safari pada telefon pintar atau tablet. Penggunaan peranti mudah alih adalah digalakkan kerana fungsi AR memerlukan kamera.

Laman web ini menggunakan kuki bagi memastikan anda mendapat pengalaman yang terbaik.